Setiap langkah Nurul Aidiladha kelihatan perlahan dan santai, namun jangan tertipu, kerana aktiviti yang dibuat itu sebenarnya membakar kalori hampir menyamai berjoging. Dengan dua batang kayu khas di tangan dan rentak langkah yang teratur, lelaki yang mesra disapa Aidil itu kelihatan bersemangat menelusuri laluan hijau di sekitar Anjung Gapam, Ayer Keroh, Melaka seawal pukul 7 pagi. Membuka bicara kepada CitaRasa, Aidil, 47, yang merupakan pengasas Nordix Club Malaysia, sebuah kelab Nordic walking berkongsi mengenai aktiviti berjalan kaki unik itu yang……














