fbpx
Zainudin (empat dari kanan) memeriksa sebahagian 156 suspek kes dadah yang ditahan di Bangunan Persekutuan Besut hari ini.

Ramai nelayan terlibat dadah, pil kuda jadi pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Data semasa mendapati pekerja sektor perikanan terutama nelayan lebih cenderung terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Zainudin Abdullah berkata, ia berikutan mereka lebih terdedah dan mudah mendapatkan bekalan dadah yang dipercayai di bawa masuk dari negara jiran.

“Sekarang ini, perairan kita menjadi antara laluan haram untuk membawa masuk dadah terutama dari negara jiran.

“Mereka (nelayan) mudah mendapatkan bekalan dengan menggunakan alasan mengambil dadah kerana (kononnya) perlu melakukan kerja-kerja berat,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Zainuddin berkata, usaha menangani isu dadah kini banyak memberi tumpuan kepada negeri-negeri yang bersempadan negara jiran seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Beliau berkata, trend penggunaan jalan laut untuk menyeludup dadah ini bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Dalam perkembangan berasingan, Zainuddin berkata, seramai 156 orang berusia antara 19 hingga 61 tahun telah ditahan melalui Op Perdana yang dilakukan selama tiga hari bermula Khamis lalu di seluruh Terengganu.

“Hasil ujian saringan mendapati kesemua mereka termasuk tiga wanita positif dadah dengan 151 orang disahkan positif methamphetamine (pil kuda) dan bakinya positif dadah jenis mitragynine (ketum),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN