fbpx
Mohamad ketika hadir ke Mesyuarat Menteri Luar ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di KLCC hari ini. Foto ISKANDAR ISHAK

Timor-Leste secara rasmi serah instrumen Piagam ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR- Timor-Leste secara rasmi hari ini menyerahkan instrumen penyertaan kepada Piagam ASEAN, sekali gus dilihat bakal merealisasikan penantian selama 14 tahun negara itu menjadi ahli ke-11 blok serantau.

Penyerahan dokumen rasmi itu merupakan sebahagian daripada proses Timoe-Leste menjadi ahli rasmi ASEAN, selain menterjemahkan komitmen negara itu untuk mematuhi piagam blok berkenaan.

Instrumen itu diserahkan Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Timor-Leste, Bendito Freitaa yang turut dihadiri Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Menurut Mohamad, penyerahan instrumen itu
merupakan satu detik bersejarah bukan sahaja untuk Timor-Leste, tetapi juga untuk seluruh rantau Asia Tenggara.

“Ini menandakan kemasukan penuh Timor-Leste sebagai ahli ke-11 serta pengembangan skop ASEAN untuk merangkumi setiap negara berdaulat di rantau ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Instrumen Penyertaan kepada Piagam ASEAN dan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) di sini hari ini.

Pada masa sama, Mohamad turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Timor-Leste bagi pihak Malaysia dan seluruh anggota ASEAN.

“Hari ini, kami meraikan anda (Timor-Leste) sebuah negara yang dibina atas keberanian, ketabahan.

“Anda kini menyertai sebuah keluarga yang sudah lama menantikan penyertaan anda,” katanya.

Menurut Mohamad, Piagam ASEAN bukan sekadar dokumen asas, tetapi merupakan ‘denyut nadi kepada visi bersama’ yang menjadi ikatan kepercayaan, hormat dan solidariti antara negara-negara anggota.

“Melalui penyertaan dalam Perjanjian SEANWFZ, Timor-Leste turut menzahirkan komitmen untuk memastikan Asia Tenggara kekal sebagai tempat perlindungan keamanan dan bebas daripada bayangan senjata nuklear.

“Penyertaan penuh Timor-Leste bakal membawa tenaga baharu, perspektif segar dan sumbangan bermakna daripada penduduk muda negara itu kepada pembangunan rantau ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI