fbpx
Tangkap layar hantaran oleh Ridzuan Zainuddin di Instagram, memaparkan situasi banjir di Kamunting, Perak.

[VIDEO] ‘Tengok anak-anak bergayut buat aku sedih, sebak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan air naik sehingga mencecah paras dada di Kamunting, Perak malam tadi.

Menerusi hantaran pengguna Instagram @Ridzuan Zainuddin, kelihatan sekumpulan kanak-kanak bergayut pada ampaian bagi mengelak dihanyutkan arus deras.

“Tidak pernah berlaku kejadian seperti ini sebelum ini. Kami sendiri pun tidak dibenarkan masuk, hanya anggota tentera, bomba dan polis yang dibenarkan,” katanya. Video berdurasi 19 saat itu turut memaparkan beberapa ahli keluarganya terpaksa memanjat tembok rumah sementara menunggu bantuan tiba.

Beberapa buah kenderaan turut ditenggelami air yang dikatakan naik dengan cepat. Tinjauan Kosmo! mendapati, mangsa banjir di Perak kini berjumlah 2,321 orang melibatkan lebih 800 keluarga.

Difahamkan, Kerajaan negeri sudah menggerakkan bantuan ke lokasi yang terjejas bagi membantu mangsa banjir.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai mendoakan agar urusan mangsa banjir dipermudahkan selain menasihatkan mereka agar menjaga keselamatan diri.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan pertolongan datang secepat mungkin,” kata @Khalidah59

“Jangan berendam dalam air banjir terlalu lama dan tutup bekalan elektrik, risau boleh maut terkena renjatan elektrik,” kata Faiz.

“Mana yang duduk di kawasan banjir, boleh mula buat persiapan,” pesan @Shapwiweck

Setakat ini, sebanyak 22 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Taiping bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat bencana alam tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN