fbpx
Tangkap layar video yang tular menunjukkan dua suspek ditangkap oleh penduduk sebuah rumah panjang di Sarikei kerana didakwa menculik kanak-kanak.

Dua lelaki disyaki culik kanak-kanak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SARIKEI – Polis mengesahkan penahanan dua lelaki oleh penduduk sebuah rumah panjang di sini selepas disyaki menculik kanak-kanak bagi tujuan penjualan organ semalam.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Aswandy Anis berkata, kedua-dua lelaki itu diserahkan kepada pihaknya sebelum dihantar ke Hospital Sarikei kerana mengalami kecederaan.

Katanya, pihak polis mengesan hantaran di Facebook pada pukul 11 malam semalam berhubung tangkapan oleh penduduk ke atas dua lelaki tersebut. Berdasarkan rakaman video tular itu, mereka dikatakan menculik kanak-kanak di rumah panjang tersebut selain terdapat dakwaan terlibat dalam sindiket penjualan organ kanak-kanak.

Bagaimanapun, Aswandy menegaskan, setakat ini tiada penemuan mayat kanak-kanak yang dipenggal kepala seperti yang tular dan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI