DAHULU, ikan tapah diketahui dapat dipancing dengan teknik menunda (trolling) gewang, walaupun lazimnya ia lebih banyak terjerat dengan tajur atau jaring. Namun kebelakangan ini, teknik mengilat ikan tapah semakin mendapat tempat dalam kalangan pemancing. Kebiasaannya, pemancing akan memilih waktu awal musim tengkujuh iaitu sekitar Oktober hingga Disember. Malah, kadangkala berlanjutan hingga awal tahun berikutnya untuk turun mengilat ikan tapah kerana ia dikatakan aktif mencari makanan di pinggir tebing sungai tatkala air besar. Ikan tapah diketahui sangat aktif pada waktu malam……