fbpx

Empat kru cemas kapal persiaran hampir karam 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL persiaran Epic Princess yang hampir karam akibat terlanggar objek yang tidak dikenal pasti berhampiran Pulau Lalang, Langkawi pada malam semalam.

LANGKAWI – Seramai empat kru kapal persiaran Epic Princess berdepan detik cemas apabila kapal dinaiki hampir karam akibat terlanggar objek pada kedudukan 0.3 batu nautika selatan Pulau Lalang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, kesemua mangsa terdiri daripada kapten kapal persiaran tersebut, Nor Azman Saparin, 42, dan kru lain berusia antara 29 hingga 54 tahun berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi segera mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat sebaik menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, Kapal Maritim (KM) Tenggol diatur gerak bagi menyelamatkan mangsa terlibat.

“Maklumat mengenai kejadian turut disalurkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Laut Malaysia (JLM),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua kru kapal persiaran itu berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI