fbpx
Status rumah tangga dengan suami Kamal Adli menjadi tanda tanya ramai, Uqasha memberi alasan enggan ditemu bual kerana berdepan masalah sakit tekak. - FARIZ RUSADIO

Sakit tekak, Uqasha Senrose enggan ditemu bual media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Spekulasi mengenai keretakan rumah tangga pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli terus menjadi teka-teki apabila aktres itu memilih untuk berdiam diri walaupun diasak pertanyaan media.

Ketika ditemui pada program MeleTOP malam tadi, Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen tampil anggun mengenakan busana kuning cair, namun kelibatnya hanya sekilas sebelum mengelak daripada bertemu wakil media yang menanti di luar studio.

Bagaimanapun, pelakon filem Munajjim: Sekutu Iblis itu hanya memberikan jawapan ringkas apabila diminta mengulas mengenai keadaannya kini.

“Saya okey sahaja. Cuma tak mahu ditemu bual sebab sedang sakit tekak,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sebelum ini, timbul pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen kononnya hubungan pasangan popular itu berada di hujung tanduk.

Tindakan itu sekali lagi mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat selepas rumah tangganya dengan Kamal dikatakan bergolak sejak kedua-duanya dilihat saling tidak lagi mengikuti (unfollow) akaun Instagram masing-masing.

Pun begitu, Kamal tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan keadaan mereka baik-baik sahaja.

Bagaimanapun, desas-desus kembali hangat selepas Uqasha memuat naik hantaran di Instagram Story memaparkan dirinya bersama puteri sulung mereka, Hawra Uqaira yang tidak sihat akibat batuk dan demam.

Perkongsian itu seolah-olah memberi gambaran dirinya kini menguruskan anak seorang diri.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia setahun lebih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI