fbpx
GAMBAR fail beberapa orang menunggang motosikal dalam hujan di Jakarta. - Foto AFP

Air hujan mengandungi mikroplastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Air hujan didapati membawa partikel-partikel halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, termasuk mikroplastik, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Fenomena itu didedahkan baru-baru ini oleh Badan Penyelidikan dan Inovasi Nasional (BRIN) Indonesia melalui hasil penyelidikan terbaharu mereka.

BRIN mendedahkan bahawa air hujan di Jakarta kini mengandungi partikel mikroplastik berbahaya yang berpunca daripada aktiviti manusia di kawasan bandar raya.

Menurut Dicky Budiman yang merupakan seorang ahli epidemiologi, pakar kesihatan persekitaran dan penyelidik Keselamatan Kesihatan Global, mandi selepas hujan sangat disarankan.

“Mandi menggunakan air bersih dan sabun sejurus selepas hujan dapat mengurangkan jumlah partikel mikroplastik yang melekat pada permukaan kulit serta rambut. 

“Ia juga dapat mencegah iritasi kulit atau alahan akibat partikel halus serta bahan kimia plastik,” katanya.

Dicky menyatakan bahawa air hujan pada masa kini tidak lagi sebersih seperti beberapa dekad lalu. 

Ia kini turut mengandungi pencemaran udara, jelaga dan logam berat yang dibawa dalam titisan hujan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI