fbpx
Donald Trump - Foto AFP

Hamas tidak langgar gencatan senjata – Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump hari ini memberi jaminan bahawa gencatan senjata di Gaza masih berkuat kuasa walaupun Israel melancarkan serangan udara ke atas wilayah itu.

Apabila ditanya oleh wartawan sama ada gencatan senjata masih berterusan, Trump menjawab: “Ya, masih.”

Trump yang menjadi pengantara utama perjanjian tersebut juga menjelaskan bahawa kepimpinan Hamas tidak terlibat dalam pelanggaran gencatan senjata itu, sebaliknya menyalahkan beberapa kumpulan pemberontak Palestin. 

“Kita mahu memastikan keadaan kekal sangat aman dengan Hamas. Ia akan ditangani dengan tegas tetapi melalui cara yang betul,” kata Trump.

Sebelum itu, tentera Israel dalam satu kenyataan menuduh anggota Hamas melepaskan tembakan peluru berpandu antikereta kebal dan senjata api yang membunuh dua askarnya di Rafah.

Sebagai tindak balas, Israel melancarkan serangan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 45 rakyat Gaza, kata penduduk tempatan dan pihak berkuasa kesihatan.

Sayap bersenjata Hamas berkata, ia tetap komited dengan perjanjian gencatan senjata serta menafikan tuduhan Israel.

Pegawai kumpulan tersebut, Izzat al-Rishq turut menyatakan bahawa Rejim Zionis sengaja mereka-reka alasan untuk membenarkan jenayahnya berleluasa itu di wilayah Palestin itu. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN