fbpx
Anwar beramah mesra bersama Rakyat selepas Program Madani Rakyat di Politeknik Merlimau, Melaka. Foto oleh ARIF HAMIZAN MISKON / KOSMO!

RM1 bilion subsidi ayam disalur semula kepada rakyat – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Kerajaan menyalurkan semula RM1 bilion subsidi ayam yang ditamatkan sejak 1 November 2023 kepada rakyat selepas mendapati bantuan sebelum ini banyak dimanfaatkan kartel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata langkah itu bertujuan menstruktur semula penyaluran bantuan supaya ia sampai kepada rakyat yang benar-benar layak.

“Kita tarik balik ‘price support’ kerana subsidi murah ayam banyak dimanfaatkan kartel dan syarikat besar.

“Wang itu akan disalurkan semula kepada rakyat susah melalui dasar kebajikan yang lebih bersasar,” jelasnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program Madani Rakyat (PMR) 2025 Melaka di Politeknik Merlimau di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada penjawat awam dan anggota penguat kuasa atas komitmen yang diberikan dalam memastikan keberhasilan dasar kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI