fbpx
Ahmad Zahid beramah mesra dengan peserta program itu di SCCC, Setia Alam, hari ini yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. -FOTO/ ISKANDAR SHAH MOHAMED

Tiada paksaan MIC kekal atau keluar dari BN – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) tidak pernah memaksa mana-mana parti komponen termasuk MIC untuk kekal atau keluar daripada gabungan itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, setiap parti mempunyai hak membuat keputusan sama ada mahu terus bersama BN atau menyertai gabungan lain.

“Kita terbuka. Dahulu kita ada 14 parti komponen dalam BN dan tidak ada paksaan sama ada untuk masuk atau keluar.

“Jadi, sudah tentu mereka (MIC) akan buat keputusan bijak bagi menentukan gabungan mana yang akan disertai asalkan mereka tidak menyesal kemudian hari,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Ekspo Industri Sukan ASEAN di Pusat Konvensyen Setia Alam (SCCC) di sini, petang ini.

Terdahulu, media melaporkan MIC tidak akan menjemput Ahmad Zahid Hamidi untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti itu pada 16 November depan.

Presidennya, Tan Sri S. A. Vigneswaran memaklumkan mesyuarat itu akan berlangsung sehari dan memfokuskan hal dalaman parti dengan hanya dihadiri perwakilan serta delegasi MIC.

Mengulas lanjut, kata Ahmad Zahid, presiden parti tidak dijemput bagi menghadiri sesebuah mesyuarat agung parti lain bukan sesuatu perkara yang baharu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI