fbpx
Pemandangan umum dataran St. Peter di Vatican pada 12 Oktober lalu. - AFP

Vatican sediakan surau untuk orang Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR VATICAN – Vatican menyediakan ruang solat kepada ulama Islam untuk menunaikan kewajipan mereka di negara berkenaan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Dalam satu temu bual bersama akhbar La Repubblica, Naib Pengawas Perpustakaan Vatican, Paderi Giacomo Cardinali berkata, institusi kuno itu membenarkan ahli-ahli akademik ruang untuk mengamalkan agama mereka.

“Sebilangan ulama Islam meminta bilik dan sejadah untuk mereka bersolat, dan kami memberikannya kepada mereka,” katanya.

Merupakan salah satu institusi tertua di dunia, Perpustakaan Vatican mengumpulkan  teks agama dari seluruh dunia sejak ditubuhkan secara rasmi pada 1475 oleh Pope Sixtus IV.

“Kami adalah perpustakaan universal, dengan koleksi Arab, Yahudi, Ethiopia dan karya Cina yang unik.

“Bertahun-tahun yang lalu, kami mendapati bahawa kami mempunyai arkib Jepun zaman pertengahan tertua di luar negara itu,” kata  Cardinali.

Perpustakaan Vatican kini menempatkan kira-kira 80,000 manuskrip, 50,000 item arkib, 100,000 ukiran, cetakan, syiling dan pingat serta hampir dua juta buku bercetak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI