fbpx
Gambar suasana solat subuh di Genting Highlands yang dikongsikan pengguna Threads.

Solat subuh macam Jumaat di Genting Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Program #GengSubuhMacamJumaat terus mendapat sambutan apabila ratusan jemaah hadir memeriahkan solat Subuh berjemaah di Yayasan Noah, Genting Highlands pagi tadi.

Menerusi perkongsian di Threads oleh pengguna dikenali sebagai Niksyak, suasana di lokasi berkenaan cukup meriah dengan kehadiran orang ramai walaupun cuaca sejuk di kawasan tanah tinggi itu.

Malah, ada juga pengguna media sosial berkongsi gambar konvoi motosikal menuju ke masjid bagi menyertai program berkenaan.

Sementara itu, pelakon dan penyanyi, Aliff Satar turut menitipkan penghargaan kepada peserta yang sanggup ‘ride’ seawal pagi demi mengimarahkan masjid.

“Geng subuh macam Jumaat, semoga semua yang ‘ride’ pagi tadi selamat sampai ke pangkuan keluarga. Terima kasih kerana berjuang hidupkan masjid. Teruskan berjuang geng.

“Aku sayang korang semua. Selepas ini masjid mana? ,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial lain juga berkongsi keterujaan yang sama.

“Dulu orang naik Genting Highlands cari hiburan, sekarang ramai naik cari subuh berjemaah. Power betul bila satu ajakan kecil boleh gerakkan beratus orang bangun pagi demi Allah. Respect (hormat) Alif Satar sebab perlahan-lahan ubah vibe anak muda tanpa perlu banyak cakap,” komen Marcute H.

“Sejukkkkk, solat di masjid ni seronok,” kata Shahida Anis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN