fbpx
Gambar hiasan.

Suri rumah panik, takut diambil tindakan serah duit RM65,100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANGKAK – Seorang suri rumah kerugian RM65,100 selepas diperdaya individu menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan anggota polis minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superitendan Roslan Mohd Talib berkata, kejadian bermula apabila mangsa berusia 39 tahun itu menerima panggilan daripada suspek pada Rabu lalu.

“Suspek menyamar sebagai pegawai MCMC dan memaklumkan mangsa terlibat dalam kes penggubahan wang haram iaitu penipuan secara dalam talian sebelum talian disambungkan kepada pegawai polis.

“Mangsa yang panik mengikut arahan suspek yang mengarahkan wanita itu memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan sehingga selesai siasatan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Roslan berkata, mangsa telah mengikut arahan tersebut dengan melakukan 13 transaksi ke dalam dua akaun yang berbeza disyaki keldai akaun.

Jelasnya, selepas melakukan transaksi berjumlah RM65,100 dan mengesyaki sudah ditipu, mangsa membuat laporan polis dua hari lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh disebat dan didenda.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI