fbpx
Gambar yang dikongsikan di Instagram Putera Mateen, semalam.

Dan akhirnya, kami bertiga – Putera Mateen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Dan akhirnya, kami bertiga,” itu ungkapan ringkas Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah, yang bakal menimang cahaya mata sulung bersama isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam.

Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram Putera Mateen, memaparkan pasangan Diraja Brunei itu mesra berpegangan tangan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Putera Mateen secara rasmi menjadi suami kepada Puteri Anisha dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja yang berlangsung di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien pada Januari tahun lalu.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari secara gilang-gemilang dengan istiadat rasmi di Istana Nurul Iman.

Sebelum ini media mendedahkan, Putera Mateen dan Puteri Anisha dikatakan mula rapat pada 2019 dan hubungan kedua-duanya dihidu orang ramai apabila mereka sering dilihat bersama.

Putera Mateen, 34, merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Puteri Anisha, 30, pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI