fbpx
Lokasi kejadian kes bunuh seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

Siasat dakwaan pelajar tikam berulang-kali kerana cinta tak dibalas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis menjalankan siasatan kes bunuh membabitkan pelajar lelaki yang menikam pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, di sini hari ini yang didakwa akibat cinta tak berbalas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, dakwaan yang tersebar di media sosial itu turut berada dalam sudut siasatan pihaknya, namun perlu diteliti lanjut.

“Proses siasatan masih lagi berjalan dan dilakukan secara menyeluruh. Namun apa sahaja maklumat perlu diteliti dahulu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa ditikam berulang kali menggunakan dua senjata berbeza.

Menurutnya, berdasarkan pemerhatian pada badan mangsa, tikaman berulang kali itu dipercayai menyebabkan mangsa maut.

“Kita lihat memang ada banyak kesan tikaman, namun tidak dapat dipastikan dengan sebenar berapa kali ditikam.

“Proses bedah siasat masih berlangsung yang akan menentukan punca sebenar kematian mangsa,” ujarnya.

Dalam kejadian pukul 9.10 pagi itu, mangsa berusia 16 tahun ditemui maut di kawasan tandas dengan keecederaan akibat beberapa kesan tikaman pada badan.

Shamsudin Mamat dilaporkan berkata, suspek berusia 14 tahun itu telah ditahan dan dua senjata tajam dirampas di lokasi kejadian.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI