fbpx
Keadaan kereta Proton Persona yang merempuh sebuah lori berhenti di tepi lebuh raya di KM 322.1, LPT 2 berhampiran Paka, Dungun hari ini.

Pengurus maut di LPT 2, Proton Persona rempuh lori berhenti tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN -Seorang pengurus syarikat pelancongan maut selepas kereta, Proton Persona dinaikinya merempuh sebuah lori yang sedang berhenti di tepi lebuh raya di Kilometer (KM) 322.1, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Paka, di sini, awal pagi ini.

Dalam kemalangan pada pukul 12.23 tengah malam itu, mangsa, Chewan Muhammad Ridhuan, 34, maut akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, sewaktu kejadian, Chewan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tepoh, Kuala Nerus.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Proton Persona dipandunya dikatakan merempuh belakang sebuah lori yang berada di bahu lebuh raya.

“Rempuhan itu menyebabkan bahagian hadapan kereta mangsa remuk teruk,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Maizura berkata, pemeriksaan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian mengesahkan Chewan telah meninggal dunia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN