fbpx
FABIO Cannavaro (kanan) melabel Marcelo Bielsa sebagai jurulatih yang hebat dan memiliki pengalaman luas di pentas bola sepak dunia. - FA Uzbekistan

Uruguay bijak ambil peluang – Cannavaro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengendali Uzbekistan, Fabio Cannavaro teruja untuk mempelajari sesuatu daripada pengendali Uruguay, Marcelo Bielsa yang dilabel sebagai jurulatih ‘otai’ dalam arena bola sepak dunia.

Pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Hang Jebat, Melaka, semalam, Uruguay melakar kemenangan kedua di bumi Malaysia dengan menewaskan Uzbekistan 2-1.

“Saya menghargai komen itu (yang diberikan Bielsa), dia adalah salah seorang jurulatih yang mengubah mentaliti dunia kerana dia mempunyai pengalaman yang sangat luas.

“Saya melihat banyak perkara tentang Bielsa kerana saya suka belajar, saya suka memperbaiki diri dan saya sangat gembira untuk itu,” katanya.

Kedua-dua gol Uruguay dijaringkan oleh Facundo Torres dan Juan Manuel Sanabria manakala Ruslanbek Jiyanov menghasilkan jaringan tunggal buat Uzbekistan.

Dalam masa sama, Cannavaro yang juga pemenang anugerah Ballon d’Or 2006 mengakui anak buahnya turut mempelajari sesuatu daripada Uruguay.

“Apabila anda bermain menentang pasukan teratas, anda perlu mengurangkan kesilapan. Apabila anda kembali ke padang dan anda tidak menumpukan perhatian 100 peratus, anda boleh dihukum,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI