fbpx
NURHAYATI (baju putih) dan suami, Siswadi diringi polis bagi menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Ipoh kerana menganiaya anak lelaki mereka sehingga maut, bulan lalu.

Suami isteri mengaku aniaya anak hingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Pasangan suami isteri warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan me­nganiaya anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun sehingga maut, bulan lalu.

Tertuduh, Siswadi, 35, dan Nurhayati, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pasangan suami isteri itu yang mempunyai pemeliharaan ke atas kanak-kanak lelaki, Mhd Hasbih, 3, telah menganiaya mangsa sehingga menyebabkan dia meninggal dunia.

Perbuatan itu dilakukan kedua-dua tertuduh di sebuah rumah di Kampung Sadang, Belanja Kiri, Parit di dalam daerah Perak Tengah pada pukul 10 pagi, 22 September 2025.

Pendakwaan terhadap tertuduh dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, pasangan suami isteri itu boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau dengan denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya S. Vitthiyeswary tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh yang berasal dari Medan, Indonesia itu kerana mereka juga sedang ditahan atas kesalahan berkaitan Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN