fbpx
Ramli Sarip, Nadeera (tengah) dan kumpulan Alpha antara yang akan memeriahkan Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025 7 Disember depan.

Alpha, Nadeera gamatkan Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Setiap kali kita diam, buli menang.”

Itulah mesej lantang yang mahu disampaikan menerusi Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025, acara istimewa anjuran Nusavue yang bakal menggamatkan pentas Zepp Kuala Lumpur pada 7 Disember depan.

Menggabungkan barisan artis popular tanah air seperti Datuk Ramli Sarip bersama Cradle Band, Alpha, Bella Astillah, Nadeera, Wani Kayrie dan Liza Aziz sebagai artis undangan khas, konsert ini membawa misi besar — Berani Bersuara, Bersama KITA.

Lebih daripada sekadar hiburan, konsert ini mengangkat muzik sebagai wadah perjuangan sosial untuk menyemarakkan semangat keberanian, kasih sayang dan perpaduan dalam menentang budaya buli yang kian membimbangkan.

Menurut wakil Nusavue, konsert itu diadakan bagi mengingatkan masyarakat bahawa isu buli bukan hanya berlaku di sekolah, malah turut wujud dalam pelbagai lapisan masyarakat termasuk alam maya dan dunia pekerjaan.

“Buli bukan sekadar masalah sekolah tetapi  juga cerminan masyarakat. Kita mahu rakyat Malaysia bangkit bersama dan bersuara,” katanya.

Dengan tema “Suara Anti Buli”, konsert bakal menyajikan persembahan berimpak tinggi, mesej inspirasi serta pengisian interaktif bagi membina kesedaran, keyakinan diri dan empati, terutama dalam kalangan pelajar dan keluarga.

Menariknya, barisan artis yang tampil kali ini melambangkan perpaduan rentas generasi dan genre muzik, bukti bahawa seni mampu menjadi jambatan menyatukan rakyat Malaysia dalam perjuangan menentang kezaliman dan penindasan.

Antara organisasi yang menyokong inisiatif ini termasuk Yayasan Ikhlas, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media UiTM Shah Alam, SULAM (Service Learning Malaysia-University for Society): DOKPANIC Special Edition, selain turut mendapat kerjasama Gempak, AQA, Right Balance Private, La Denta dan Mic Bocor sebagai rakan podcast rasmi.

Tiket konsert boleh mula didapati bermula 14 Oktober 2025 menerusi laman web www.myticketempire.com atau www.nusavue.my.

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan tiket lebih awal bagi memastikan tempat masing-masing tidak terlepas untuk menyertai perjuangan melawan budaya buli melalui irama dan suara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI