fbpx
Trump ( kanan) dan Sisi (kiri) menandatangani dokumen semasa persidangan mengenai Gaza di Sharm El Sheikh semalam. - Pejabat Presiden Mesir

Fasa pertama perjanjian damai bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAHERAH – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan  beberapa pemimpin dunia lain menandatangani perjanjian gencatan senjata Gaza semasa sidang kemuncak di Mesir sebagai fasa pertama perjanjian damai, lapor agensi berita United Press International.

Trump berucap kepada Parlimen Israel, Knesset di Baitulmuqaddis sebelum berlepas ke bandar percutian Laut Merah, Sharm El Sheikh di Mesir untuk menandatangani perjanjian tersebut.

Trump berkata, fasa dua rancangan gencatan senjata 20 perkara tajaan beliau telah bermula termasuk usaha lebih luas untuk keamanan di Asia Barat.

Butiran gencatan senjata yang ditandatangani pada mulanya tidak tersedia tetapi beberapa jam kemudian, White House menyiarkannya deklarasi tersebut bermaksud, ‘Deklarasi Trump untuk Kedamaian dan Kemakmuran Berkekalan.’

Menyebutnya sebagai komitmen yang benar-benar bersejarah oleh semua pihak, ia ditandatangani oleh Trump,  Presiden Abdel Fattah el-Sisi, Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan. Tiada nama Hamas disenaraikan dalam perjanjian itu.

“Kami faham bahawa keamanan berkekalan adalah apabila Palestin dan Israel boleh makmur dengan hak asasi manusia mereka dilindungi, keselamatan terjamin dan maruah mereka dijunjung,” kata perjanjian itu.

Deklarasi 11 perenggan itu menyambung: “Kami mengejar visi komprehensif keamanan, keselamatan dan kemakmuran bersama di rantau ini, berdasarkan prinsip saling menghormati dan berkongsi nasib.”

Trump bercakap mengenai lembaga penyeliaan keamanan, yang menyeru agar kerajaan peralihan sementara ditubuhkan di Gaza dan diawasi oleh badan peralihan antarabangsa baharu dikenali sebagai Lembaga Keamanan.

“Kami akan meletakkan sebahagian daripada anda dalam Lembaga Keamanan. Semua orang mahu menjadi ahli Lembaga Keamanan,” kata Trump kepada lebih 24 pemimpin dunia yang hadir. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI