fbpx
Ivan menceritakan kisah seramnya di satu program audio siar. - YouTube

Pereka fesyen popular mimpi dipeluk ‘sesuatu’ ketika mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pereka fesyen terkenal di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila mendedahkan dia bermimpi dipeluk ‘sesuatu’ semasa mandi dalam suasana  gelap, lapor portal berita Yoursay.id hari ini. 

Ivan Gunawan berkongsi pengalaman ngerinya dalam satu program audio siar (podcast) bertajuk Butik Haji Igun. 

“Dalam mimpi itu, saya sedang mandi di dalam bilik air yang agak gelap dan airnya agak kuat dan panas. 

“Semasa mandi, saya berasa ada sesuatu memeluk saya dari belakang. Pelukan itu manis dan tenang. Selepas terjaga, saya terus jatuh cinta ibarat saya tidur bersama orang tersayang,” kata Ivan. 

Situasi bertambah cemas apabila Ivan kemudian mendedahkan dirinya diganggu makhluk halus selepas selesai podcast tersebut. 

“Mohon maaf jika saya tidak tonton podcast itu kerana selepas pulang saya berasa tidak tenang seperti ada sesuatu yang mengikut saya,” tulis Ivan di platform Instagram. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI