PETALING JAYA – Perkhidmatan tren LRT Laluan Ampang/Sri Petaling mengalami gangguan teknikal di antara Stesen Hang Tuah dan Pudu hari ini.
Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja baik pembaikan sedang dijalankan bagi memulihkan operasi sepenuhnya secepat mungkin.
“Bagi memastikan perkhidmatan terus berjalan, operasi tren alternatif telah diaktifkan. Tren dari Sentul Timur akan berpatah balik di Stesen Pudu, manakala tren dari Putra Heights dan Ampang akan berpatah balik di Stesen Chan Sow Lin.
“Selain itu, tren perantara turut disediakan bagi menghubungkan Stesen Chan Sow Lin ke Pudu,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE