JITRA – Siapa sangka minat melukis potret suatu ketika dahulu membuka pintu rezeki kepada seorang tenaga pengajar sebuah pusat pengajian agama yang sehingga kini telah menyiapkan lebih 1,000 tempahan hasil seni khat. Menurut Arief Asyhraf Zaidi, 29, dia mula belajar seni khat pada usia 14 tahun daripada Ustaz Zuhud Ulya Iberahim ketika di Sekolah Menengah Agama Maahad Tahfiz Abidin di Pendang, dekat sini. Katanya, dia terus mendalami seni itu ketika melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar As-Syariff, Mesir dengan tokoh khat,……