fbpx
Ahmad Zahid ketika bergambar bersama pemenang Pertandingan #GenBajet2026 pada program (PuTERA35) di UiTM Puncak Alam. Foto oleh ISKANDAR ISHAK / KOSMO!

UiTM disaran jadi perintis universiti usahawan TVET global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Universiti Teknologi Mara (UiTM) disaran menjadi perintis universiti usahawan Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) global di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kursus di universiti bukan sekadar melahirkan pencari kerja, sebaliknya perlu membentuk lebih ramai usahawan.

“UiTM mempunyai jumlah pelajar yang ramai dan banyak kursus ditawarkan dalam pelbagai bidang termasuk TVET.

“Maka, saya saran kita mulakan UiTM sebagai universiti yang memfokuskan latihan keusahawanan di peringkat negara seterusnya di ASEAN dan global.

“Penekanan harus diberi bagi melahirkan usahawan profesional atau teknousahawan,” katanya ketika ditemui pada program Outreach Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) bersama UiTM di kampus Puncak Alam di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ketika berucap berkata, kadar pengangguran bumiputera kini berada pada empat peratus lebih tinggi daripada kadar nasional.

“Daripada hampir 388,000 yang menganggur, 70 peratus adalah belia berumur 15 hingga 30 tahun yang majoriti anak bumiputera.

“Ini cabaran besar yang harus kita tangani dan peluang untuk bangkit bersama. Kita mesti mencipta kerja bukan hanya mencari kerja sekali gus memperkukuh agenda TVET dan keusahawanan secara bersama,” katanya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI