fbpx
KUCHING Waterfront merupakan salah satu kawasan ikonik di Kuching, Sarawak.

Kuching destinasi percutian bajet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKAN sahaja terkenal dengan keindahan alam semula jadi, malah Kuching, Sarawak juga dikenali dengan keramahan penduduknya dan suasana bandar yang tenang. 

Ramai beranggapan melancong ke Borneo memerlukan bajet besar.

Namun hakikatnya, Kuching mempunyai banyak tarikan menarik yang boleh dinikmati secara percuma atau dengan kos sangat rendah. 

Ia sesuai untuk pelancong bajet, keluarga muda mahupun pengembara solo yang ingin meneroka budaya dan alam semula jadi di Sarawak tanpa perlu mengorbankan ‘dompet’.

Menurut Pengarah Negara Agoda untuk Malaysia dan Brunei, Fabian Teja, salah satu lokasi yang wajib dikunjungi adalah Kuching Waterfront iaitu kawasan tepi Sungai Sarawak yang menjadi nadi kehidupan di bandar itu. 

“Di sini, pengunjung boleh berjalan secara santai di sepanjang laluan pejalan kaki yang dihiasi dengan landskap indah serta bangku rehat. 

“Pada waktu senja, pemandangan jambatan Darul Hana Bridge yang diterangi lampu berwarna-warni menjadi tarikan utama untuk bergambar,” katanya menerusi e-mel kepada CitaRasa baru-baru ini.

Tambahnya, aktiviti itu tidak memerlukan sebarang bayaran, namun memberikan pengalaman yang benar-benar mempesona.

Bagi pencinta budaya dan sejarah, Kuching menawarkan pelbagai muzium dengan bayaran masuk rendah, malah ada yang percuma. 

Antara yang paling popular adalah Muzium Tekstil Sarawak yang mempamerkan keunikan tenunan pua kumbu, songket dan tekstil etnik di negeri itu. 

Katanya lagi, Muzium Kucing pula menjadi tumpuan pengunjung kerana keunikannya iaitu satu-satunya muzium di dunia yang didedikasikan kepada haiwan comel itu. 

Bayaran masuk adalah percuma, sekali gus menjadikannya antara destinasi wajib bagi pelancong yang datang ke bandar itu.

“Jika anda ingin melihat keindahan alam semula jadi, Semenggoh Wildlife Centre (SWC) adalah pilihan berbaloi. 

“Dengan bayaran masuk yang rendah, pelawat berpeluang melihat orang utan yang hidup bebas di kawasan hutan simpan,” ujarnya.

SWC bukan zoo, sebaliknya sebuah pusat pemulihan bagi orang utan yang diselamatkan. Tempat itu menawarkan pengalaman yang autentik dan penuh nilai pendidikan.

Selain itu, pengunjung boleh meneroka keindahan seni bina lama di sekitar Carpenter Street dan Main Bazaar. 

Kawasan itu bukan sahaja kaya dengan sejarah, malah lokasi terbaik untuk membeli cenderamata tempatan dan merasai makanan tempatan dengan harga berpatutan. 

“Jika anda datang pada hujung minggu, singgahlah ke Pasar Serikin di Bau. Ia merupakan pasar sempadan antara Malaysia-Indonesia yang terkenal dengan barangan kraf tangan dan tekstil murah.

“Untuk pengalaman spiritual dan fotografi, lawatan ke Kuil Tua Pek Kong atau Hong San Si Temple boleh dilakukan tanpa sebarang bayaran. 

“Kuil-kuil ini lambang keharmonian masyarakat Kuching. Ia juga mempunyai seni bina tradisional Cina yang mengagumkan,” kongsinya.

Apa yang menarik, hampir semua lokasi itu terletak berhampiran antara satu sama lain dan boleh diteroka dengan berjalan kaki atau menggunakan perkhidmatan e-hailing pada kos berpatutan.

Dengan sedikit perancangan, orang ramai boleh menikmati keindahan budaya, alam dan sejarah di Kuching tanpa mengeluarkan belanja besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN