fbpx
Syed Saddiq.

Rayuan pendakwaan pembebasan Syed Saddiq ditetapkan 11, 12 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini menetapkan 11 dan 12 Disember ini bagi pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas empat tuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Wan Ladin selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan-Timbalan Pendaftar Wan Fatimah Zaharah Wan Yussof dan Mahyun Yusof secara dalam talian.

“Tarikh pendengaran pada 11 dan 12 Disember ini, manakala pihak-pihak perlu memfailkan hujahan sebelum 26 November,” katanya yang turut memaklumkan pengurusan kes pada 27 November sebelum rayuan didengar.

Pada sesi pengurusan kes itu, Wan Shaharuddin mewakili pihak pendakwaan, manakala peguam-peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik dan Low Wei Loke mewakili Syed Saddiq.

Sebelum ini, pihak pendakwaan memaklumkan bersedia dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq terhadap empat pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan pertama, Ahli Parlimen Muar itu didakwa bersubahat dengan Penolong Bendahari Armada ketika itu, Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dana Armada RM1 juta untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, di sini, 6 Mac 2020.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta denda.

Syed Saddiq turut didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 dari Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Taman Pandan Jaya, di sini, antara 8 hingga 21 April 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebatan serta denda.

Syed Saddiq juga didakwa memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera yang merupakan hasil aktiviti haram.

Sebelum ini, pendakwaan memfailkan petisyen rayuan di Mahkamah Persekutuan dengan 28 alasan antaranya bagi mengembalikan semula sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi yang diketepikan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada 25 Jun lalu.

Syed Saddiq, 33, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan atas empat pertuduhan menerusi keputusan sebulat suara panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Ini selepas mahkamah itu membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun serta dua sebatan dan denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Dua lagi hakim yang turut bersidang Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN