fbpx
Poster yang dikongsi Perdana Menteri di laman Facebooknya, pagi ini.

Belanjawan 2026 boleh disaksikan bermula pukul 4 petang – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri mengajak semua rakyat menyaksikan pembentangan Belanjawan Madani 2026 di Dewan Rakyat, petang ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembentangan tersebut akan disiarkan secara langsung di semua saluran televisyen dan platform digital utama kira-kira pukul 4 petang.

“Insya-Allah, petang ini saya akan membentangkan Belanjawan Madani Keempat di Dewan Rakyat.

“Belanjawan ini bukan sekadar angka dan perbelanjaan tetapi hala tuju untuk memastikan kerajaan terus membantu rakyat tanpa menambah beban hutang negara,” tulisnya di laman Facebook, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN