GEORGE TOWN – Kos sara hidup, harga rumah mampu milik dan pengurangan cukai menjadi antara tumpuan sebahagian besar 34 juta rakyat negara ini menerusi Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan hari ini. Rata-rata penduduk Malaysia berharap intipati belanjawan di bawah Kerajaan Madani itu menumpukan kepada langkah-langkah konkrit berhubung ketiga-tiga perkara tersebut yang semakin membelenggu terutama golongan B40 dan M40. Ejen insurans, M. Sethu, 43, berkata, bantuan dan insentif yang diberikan tidak seharusnya memfokuskan golongan B40 semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira beban……














