fbpx
SEMBILAN tahun vakum daripada sebarang aktiviti muzik, Liyana Jasmay kini muncul dengan single terbaharu berjudul Terluka.

‘Saya menyanyi, bikin muzik hanya suka-suka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MENJADI impian anak seni tempatan bergelar penyanyi untuk menjejakkan kaki di pentas berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), namun perihal sebegitu tiada dalam kamus selebriti serba boleh, Liyana Jasmay.

Liyana, 37, yang baru sahaja melancarkan single baharu berjudul Terluka ciptaan komposer Indonesia, Illham Baso berkata, minatnya terhadap muzik berakarkan kecintaannya para peminat yang tidak henti mendukung aspirasi seninya.

“Saya tak pernah fikir pun nak masuk bertanding dalam AJL. Itu bukan gelanggang saya.

“Bagi saya, AJL bukan sesuatu yang saya nak buat. Bukan matlamat saya senang cerita.

“Saya menyanyi dan bikin muzik hanya suka-suka dan demi peminat, itu sahaja,” katanya kepada HibGlam.

Memilih untuk merakamkan karya komposer Indonesia, pelakon filem Papadom itu bersetuju untuk kembali ke dunia nyanyian disebabkan satu insiden yang berlaku pada tahun lalu.

Katanya, pada waktu tersebut dia seperti berpeluk tubuh dan tidak terlibat dengan sebarang projek, termasuklah lakonan dan pengarahan.

“Sementara tunggu projek (filem) selanjutnya, saya macam gelisah. Tak tahu nak buat apa.

“Seingat saya, waktu lepas shooting filem Qifarah (tahun lepas) saya memang tak buat apa sangat. Jadi, nak dijadikan cerita, ketika itulah terdetik hati nak rakam lagu (Terluka),” katanya yang vakum sebagai penyanyi sejak sembilan tahun lalu.

LIYANA mengakui penglibatan semulanya dalam dunia muzik hanya sesuatu yang suka-suka sebagai sebagai hadiah untuk peminat.

Jelas anak seni kelahiran Kuantan, Pahang itu lagi, dia lebih selesa melaksanakan satu-satu urusan pekerjaan demi kelancaran diri sendiri dan orang sekeliling.

“Badan saya satu sahaja. Saya tak boleh buat benda banyak bercanggah dalam satu masa. Tak mahulah dalam pada sibuk promosi filem, kena promosi lagu juga.

“Benda-benda begitu buat saya pening. Jadi, lebih baik kita buat satu per satu,” ungkapnya.

Sebelum wawancara, Liyana sempat mempersembahkan beberapa lagu termasuklah Aku Tak Percaya Cinta, Oh Na Na dan Cinta Bersatu selain mendendangkan lagu saduran nyanyian asal Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid berjudul Dia.

Ditanya sama ada sudahkah mempunyai perancangan untuk mengadakan showcase istimewa untuk peminat, jawab Liyana: “Saya terfikir juga nak buat (showcase), cuma tunggu saya selesai rakam sebuah lagi lagu.

“Lagu yang macam ada vibe diskoria sikit. Rentaknya macam funky.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI