fbpx
SKUAD negara mahu meneruskan momentum kemenangan dengan memburu satu lagi kejayaan berdepan Laos malam ini. - FB MALAYSIA NT

Fokus Harimau Malaya masih jelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD Harimau Malaya tiada masa untuk melayan ‘karenah’ luar padang sebaliknya memberi tumpuan penuh dalam misi memburu kemenangan pada aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos di Stadium Nasional, Vientiane, malam ini.

Ketua jurulatih skuad negara, Peter Cklamovski mengakui mentaliti yang dipamerkan oleh barisan pemain cukup luar biasa dan mereka cukup fokus untuk berikan yang terbaik bagi meraih tiga mata nanti.

“Apa yang berlaku (hukuman FIFA) adalah di luar kawalan kerana tiada apa yang boleh kita lakukan (sebagai pasukan). Lebih baik kita letakkan fokus di sini untuk mengharungi aksi menentang Laos.

“Pasukan juga telah menunjukkan mentaliti yang cukup kuat dan percaya dengan falsafah bola sepak yang kita cuba terapkan. Kita juga mahu terus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia bahawa pasukan ini mampu melakukan sesuatu yang istimewa,” katanya pada sidang media semalam.

Sebagai rekod, Harimau Malaya ketika ini menerima tamparan hebat selepas tujuh pemain warisan yang menyertai skuad revolusi pada awal tahun ini menerima hukuman FIFA selepas terpalit isu pemalsuan dokumen.

Mengulas lanjut, Cklamovski turut menyeru agar pasukan tidak memandang ‘enteng’ keupayaan Laos walaupun negara itu menduduki ranking ke-185 dunia ketika ini berbanding Malaysia di kedudukan ke-123.

“Saya harap pemain dapat memberikan komitmen penuh pada perlawanan ini kerana Laos adalah pasukan yang sukar.Namun, misi kita adalah untuk memastikan perlawanan dapat berakhir tanpa dibolosi selain menjaringkan banyak gol,” katanya.

Skuad negara ketika ini mendahului carta Kumpulan F selepas mengutip enam mata apabila menewaskan Nepal dan Vietnam pada tahun ini.

Selepas aksi malam esok, giliran Laos bertandang ke Kuala Lumpur dengan Harimau Malaya menjadi tuan rumah pada aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI