fbpx
Kamarul Zaman menunjukkan kawasan pintasan kapal FFC x TMTG yang berlaku di perairan Mesir, awal lagi tadi.

Freedom Flotilla: Tiada akses komunikasi hingga 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Freedom Flotilla: Tiada akses komunikasi hingga 24 jam

Oleh MOHD FAHMI ISMAIL

SERDANG – Humanitarian Care Malaysia (MyCare) menjangkakan tiada sebarang akses komunikasi dengan semua delegasi Malaysia yang menyertai misi gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) dalam tempoh sehingga 24 jam selepas semua kapal dilaporkan dipintas oleh tentera Israel.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCare, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, berdasarkan maklumat terkini, proses membawa semua kapal yang dipintas ke daratan dijangka mengambil masa yang panjang.

“Pintasan berlaku sekitar pukul 5 pagi waktu tempatan (perairan Mesir). Biasanya apabila kapal dipintas, kita akan serahkan sepenuhnya kepada tentera Israel untuk menguruskan pergerakan bot tersebut.

“Jarak dari lokasi pintasan, iaitu kira-kira 100 batu nautika ke daratan, boleh mengambil masa lebih 15 jam hingga 24 jam untuk sampai ke Pelabuhan Ashdod,” katanya pada sidang di Ibu Pejabat MyCare, di sini hari ini.

Menurut beliau, sepanjang tempoh itu pihaknya menjangkakan tiada sebarang komunikasi dapat dilakukan dengan mana-mana individu dalam kapal misi tersebut.

“Jadi sehingga mereka tiba di darat, kemungkinan besar kita tidak dapat berhubung dengan sesiapa. Namun segala tindakan dan persediaan yang perlu dibuat di pihak daratan telah pun kami laksanakan,” jelasnya.

Terdahulu, komunikasi terakhir dengan kapal misi dilaporkan terputus sekitar pukul 10.03 pagi waktu Malaysia.

Misi FFC x TMTG disertai sembilan kapal membawa aktivis kemanusiaan antarabangsa termasuk delegasi Malaysia bagi menghantar bantuan ke Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI