fbpx
Orang ramai mula berkumpul di KLIA bagi menyambut aktivis Malaysia yang bakal tiba di Sepang hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

Ahli keluarga, orang ramai berkumpul di KLIA raikan aktivis flotila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini dilaporkan mula dibanjiri dengan kehadiran ahli keluarga dan orang ramai bagi menyambut ketibaan 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! setakat pukul 7.30 malam tadi, lebih 100 orang mula membanjiri Balai Ketibaan KLIA dengan membawa bendera dan sepanduk tertera perkataan ‘Free Palestine’.

Pada masa sama, kumpulan itu turut melaungkan ungkapan ‘Free Palestine’ dan ‘Allahuakhbar’ sementara menunggu ketibaan 23 aktivis yang dijangka tiba pada pukul 10 malam nanti.

Menerusi tinjauan Kosmo! di aplikasi Flightradar24 sebentar tadi, pesawat Emirates Airbus 380 yang membawa kumpulan itu sedang berada di ruang udara menghampiri Aceh, Indonesia.

Terdahulu, semua 23 sukarelawan Malaysia itu ditahan pihak berkuasa Israel, Khamis lalu sebelum dibawa ke penjara Ketziot, yang terletak di padang pasir Negev.

Mereka berada di Istanbul, Turkiye selepas dibebaskan oleh pihak berkuasa Israel.

Antara yang ditahan ialah penyanyi Nur Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah Helmi, Norfarahin Romli (Farah Lee), Nur Fazelah Mad Tahil (Zizi Kirana), Rahmat Ikhsan Mohd. Sofyan (PU Rahmat) dan Nurul Hidayah Mohd. Amin (Ardell Aryana).

Kerajaan juga akan mengajurkan satu majlis khas pada esok di Axiata Arena Bukit Jalil bagi meraikan sumbangan aktivis berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI