MENJEJAKKAN kaki ke menara gading merupakan satu langkah penting untuk setiap pelajar mengejar cita-cita yang diimpikan. Namun di sebalik rasa gembira diterima masuk ke universiti, mungkin terselit juga rasa kecewa bagi sebahagian pelajar yang tidak memperoleh kursus pengajian pilihan utama. Ada pelajar yang harus menerima kursus pengajian yang bukan pilihan utama dan perlu menerima hakikat bahawa laluan yang ditempuh untuk mengejar cita-cita tidak seperti yang diimpikan. Tetapi itulah kehidupan, tidak semua mempunyai ‘tuah’ bahawa dia akan dapat sesuatu seperti yang……















