fbpx
Zainal Rashid Ahmad (gambar kecil).

‘Kami belayar di perairan Palestin, tak ceroboh sempadan Israel’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sukarelawan Misi Global Sumud Flotilla (GSF), Zainal Rashid Ahmad (ZRA Strim) menegaskan perjalanan menuju ke Semenanjung Gaza tidak melanggar atau menceroboh perairan Israel.

Menurut ZRA Strim, semua kapal berlayar sepenuhnya dalam perairan Palestin dan tidak melintasi mana-mana sempadan yang dilarang.

“GSF mengikut perairan Palestin yang disahkan oleh Resolusi 252 Perserikatan Bangsa-bangsa (PBB) 1968, namun perairan ini dijajah menyebabkan kami (sukarelawan) ditahan.

“Laut Mediterranean adalah kawasan perairan komersial antarabangsa, namun hanya meliputi sehingga 12 batu nautika dari pantai untuk sesebuah negara. Kami ditahan pada jarak antara 23 hingga 51 batu nautika,” ujarnya.

Katanya, peserta GSF mengaku salah memasuki perairan kerana menunggu keputusan cadangan ‘20-Point Gaza Peace Proposal’ yang dikemukakan.

“Sekiranya cadangan tersebut berjaya, Sumud Nusantara akan memberi bantuan melalui jalan darat ke Gaza,” menurutnya ketika temu ramah bersama media tempatan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam keras cadangan yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang disifatkan menghalalkan penjajahan Israel terhadap bumi Palestin.

“Saya harap semua yang berada di Malaysia faham bahawa perjuangan tidak akan selesai dalam masa sehari selepas 77 tahun Palestin dijajah,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI