fbpx
PU Rahmat antara 23 rakyat Malaysia yang ditahan semasa misi GSF ke Gaza.

Tiga kali saya dibogelkan, nampak sangat Israel penakut – PU Rahmat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pendakwah bebas yang juga peserta Global Sumud Flotilla (GSF), Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan mengakui pernah dilucutkan pakaiannya sebanyak tiga ketika menjadi tahanan Israel.

Katanya, pengalaman tersebut bukan sekadar ujian fizikal, tetapi bukti nyata bahawa ketakutan dan paranoid melampau menguasai tentera serta pemimpin rejim Zionis itu.

“Saya sendiri tiga kali kena bogel, saya tak malu nak cakap benda ini sebab saya percaya kita semua lahir dalam keadaan bogel dan mati dalam keadaan bogel,” katanya dalam satu sesi temu bual bersama peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra), Ahmad Nazrin Abu Bakar di Istanbul, Turkiye.

Menurut PU Rahmat, kejadian pertama berlaku semasa berada di atas kapal, diikuti di pusat imigresen dan kali terakhir ketika dimasukkan ke dalam penjara.

“Tiga kali saya dibogelkan hanya kerana dia takut ada senjata pada badan saya. Pertama dalam kapal tapi tiada orang melainkan tentera. Kedua di imigresen, ketiga di penjara.

“Nampak sangat mereka takut dengan senjata,” katanya.

Beliau menegaskan, tindakan itu mencerminkan rasa takut mendalam pihak Israel, bukan sahaja di kalangan tenteranya tetapi juga pemimpin tertinggi seperti Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.

“Ketakutan mereka dizahirkan melampau sehingga ada menteri pergi ke arah kami provok dengan kata pembunuh anak Yahudi, kita balas kata engkau pembunuh anak Palestin.

“Dia lari, dia blah (beredar). Kalau dia power (berkuasa), dia lawan. Tak, dia tak berani. Dia nak kata apa? Daripada tentera dia ketakutan, imigresen takut, penjara takut senjata, risikan takut dengan kita, menteri pun takut. Mereka ini bangsa penuh dengan ketakutan. Mereka tahu mereka buat salah sebab orang salah sahaja takut,” katanya.

Bagi PU Rahmat, semua kejadian itu hanya menguatkan keyakinannya bahawa pihak yang benar tidak akan gentar.

“Alhamdulillah, kita ada di pihak berani kerana benar dan semoga kita kekal dalam kebenaran,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan beberapa sukarelawan Malaysia yang lain turut mendedahkan pengalaman diperlakukan secara kasar oleh tentera Israel sepanjang hampir tiga hari mereka ditahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI