fbpx
SKUAD negara berlepas ke Vientienn untuk berdepan Laos pada kempen Kelayakan Piala Asia 2027 pada Khamis ini.

Galas misi menang, pulihkan maruah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD Harimau Malaya membawa misi yang besar dalam usaha memulihkan maruah yang tercalar menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos, di Vientienne, Khamis ini.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA 1) semalam, seramai 28 pemain yang dipanggil dilihat ceria untuk menyarung jersi kebangsaan dalam perlawanan getir itu nanti.

Hanya ada tiga perubahan yang dibuat oleh barisan kejurulatihan selepas dua penjaga gol, Haziq Nadzli dan Azri Ab Ghani disisihkan ekoran kecederaan.

Dua penjaga gol yang berada dalam senarai menunggu adalah Sikh Izhan Nazrel yang mewakili kelab Selangor FC dan Suhaimi Husin (Terengganu FC) dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut.

Selain itu, kelibat penyerang muda skuad Gergasi Merah, Aliff Izwan Yuslan yang berada dalam senarai turut tidak kelihatan atas faktor kecederaan.

Penyerang naturalisasi baharu skuad kebangsaan, Jordan Mintah mencuri perhatian apabila dilihat cukup ceria untuk menyarung jersi Harimau Malaya buat kali pertama.

“Saya hanya buat yang terbaik dan kami perlu bekerja keras bersama-sama untuk membawa pasukan negara melangkah ke hadapan.

“Kami akan berjuang untuk negara, jadi kami harus memberikan yang terbaik 100 peratus dan membuat negara bangga,” katanya selepas aksi Kuching City bertemu Sabah FC, Sabtu lepas.

Pemain-pemain yang berpangkalan di luar negara seperti Dion Cools (Cerezo Osaka), Richard Chin (Raith Rovers) dan Sergio Aguero (Kanchanaburi Power) turut berlepas ke Laos bersama pasukan kebangsaan.

Sebagai rekod, arena sukan negara digemparkan pada minggu lalu selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima hukuman berat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) atas isu pemalsuan dokumen.

Lebih malang, tujuh pemain warisan yang menyertai revolusi skuad Harimau Malaya tahun ini seperti Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca telah digantung selama setahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI