fbpx
Nancy merasmikan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) sempena Majlis Perasmian Sambutan Warga Emas Kebangsaan 2025. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

Jangka hayat rakyat Malaysia meningkat kepada 76 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Jangka hayat rakyat Malaysia didapati meningkat daripada 63 tahun kepada 76 tahun dalam tempoh lima dekad kebelakangan ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri berkata, peningkatan jangka hayat berkenaan adalah hasil usaha bersama dalam penjagaan kesihatan dan kesejahteraan hidup golongan berkenaan.

Menurutnya, Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang 2030, apabila 15 peratus penduduk berusia 60 tahun ke atas.

“Pada 2024 (tahun lalu), kita sudah mempunyai 3.9 juta warga emas, bersamaan hampir 12 peratus daripada keseluruhan populasi. Namun persoalannya, adakah warga emas beban?

“Tidak sama sekali. Mereka adalah aset berharga negara, penyimpan hikmah, penghubung generasi, dan teladan yang wajar kita sanjung. Malah, dalam lima dekad kebelakangan ini, jangka hayat rakyat Malaysia meningkat daripada 63 tahun kepada 76 tahun, hasil usaha bersama dalam kesihatan dan kesejahteraan,” katanya ketika berucap sempena Majlis Perasmian Sambutan Warga Emas Kebangsaan 2025 di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Nancy berkata, warga emas berperanan penting dalam agenda nasional dan global iaitu sebagai mentor dan pembimbing generasi muda, penghubung keluarga dan budaya dan agen advokasi dalam isu kesejahteraan sosial dan kelestarian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI