fbpx
Ibu Ustaz Mad Kecik menunjukkan tangkap layar video perbualan terakhir anaknya sebelum ditahan IDF, sewaktu ditemui di Masjid Kampung Kuala Dura, Hulu Terengganu kelmarin.

Sumud Flotilla: Keluarga nanti kepulangan Ustaz Mad Kecik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Keluarga Muhamad Abdullah, 32, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik (UMK) lega apabila menerima khabar bahawa semua aktiviti Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan Tentera Pertahanan Israel (IDF) selamat tiba di Turkiye semalam.

Abang sulungnya, Mohd. Faizul Abdullah, 40, berkata, seluruh ahli keluarga kini berkumpul di Kuala Lumpur bagi menunggu kepulangan adik mereka ke tanah air.

“Alhamdulillah, kami sekeluarga sangat lega mendapat maklumat semua aktivis termasuk adik saya (UMK) dilepaskan (IDF).

“Sekarang kami sedang menunggu ketibaan mereka di tanah air,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, kelibat warga Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF dirakam turun dari pesawat Turkish Airlines bersama aktivis Turkiye lain menerusi siaran langsung saluran berita utama Turkiye, TRT Haber.

Antara yang kelihatan ialah UMK bersama pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan yang dilihat tersenyum dan melambaikan tangan ke arah pengamal media dan orang awam yang berada di Lapangan Terbang Istanbul.

Mohd. Faizul berkata, mereka sekeluarga tiba di ibu negara bagi mengikuti perkembangan terkini misi kemanusiaan secara berperingkat sejak Jumaat lalu.

Katanya, dia sekeluarga kekal bertenang dan menunggu pengesahan rasmi daripada Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI