fbpx
Mohd Azmi.

Mapim puji rakyat Itali, gelombang kesedaran baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memuji kebangkitan luar biasa rakyat Itali yang mengadakan demonstrasi besar-besaran dan mogok kerja bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin.

Mohd Azmi berkata, tindakan rakyat Itali itu menunjukkan kebangkitan kesedaran global terhadap kekejaman Israel dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

“Gelombang sokongan ini bukan sekadar simbolik, tetapi mesej politik yang jelas bahawa dunia tidak akan terus berdiam diri terhadap genosid,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa pengiktirafan terhadap hak dan kedaulatan Palestin tidak boleh bersyarat atau tertakluk kepada rundingan dengan penjajah.

Mapim turut menyeru agar sokongan terhadap Palestin diterjemahkan dalam bentuk tindakan konkrit seperti sekatan terhadap Israel, boikot syarikat yang bersubahat dan desakan supaya kerajaan menghentikan perdagangan senjata dengan rejim Zionis.

“Rakyat Itali telah menunjukkan contoh kepada dunia bahawa apabila rakyat bersatu, mereka mampu mencabar struktur kuasa yang mengekalkan penjajahan,” katanya.

Tambah beliau, kebebasan Palestin tidak akan dicapai melalui diplomasi bersyarat tetapi melalui solidariti tanpa kompromi daripada rakyat dunia. KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN