BAGI mereka yang sukakan kelainan dalam dekorasi rumah, tema safari merupakan pilihan yang unik dan menarik. Ia bukan sahaja menghadirkan nuansa alam liar, tetapi juga memberikan aura eksotik yang menghidupkan ruang dalaman rumah. Menurut pereka dalaman, Faiz Abdullah, safari membawa inspirasi daripada warna-warna bumi, corak haiwan, tekstur semula jadi dan sentuhan etnik Afrika yang kaya budaya. Dengan gabungan elemen-elemen ini, kediaman mampu kelihatan unik, mewah tetapi tetap santai. “Langkah pertama dalam mencipta dekorasi safari adalah memilih palet warna yang sesuai.……