PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga 7 malam ini.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah seluruh negeri Perlis manakala di Kedah adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Selain itu, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang serta Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Hilir Perak, Perak,” ujarnya.
MetMalaysia menambah, amaran sama turut dikeluarkan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera) serta Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat).
Seterusnya, seluruh negeri Melaka turut terjejas serta Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor.
Bagi negeri Sarawak, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis), Kapit, Miri (Telang Usan) manakala di Sabah, Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat. -KOSMO! ONLINE