fbpx
Gambar dari udara yang dirakam semalam di luar pantai pelabuhan Perancis Saint-Nazaire menunjukkan kapal tangki Boracay. - AFP

Tentera Perancis serbu ‘kapal ‘hantu’ Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Tentera Perancis menyerbu kapal yang disyaki milik Russia susulan kebimbangan  ia terlibat melancarkan dron ke ruang udara negara-negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), lapor akhbar The Sun UK semalam.

Kapal tangki minyak hantu itu adalah salah satu daripada tiga kapal yang dikaitkan dengan ‘armada bayangan’ Russia dan ia kini disiasat susulan ancaman dron di Eropah.

Tentera Perancis menaiki kapal PUSHPA itu yang dirampas di luar pantai Saint-Nazaire, lapor akhbar Le Parisien.

Kapal itu dikesan  belayar dekat pantai Denmark pada malam serangan dron yang memaksa lapangan terbang Copenhagen ditutup.

Juga dipanggil Boracay, kapal berbendera Benin yang disenarai hitam  oleh Kesatuan Eropah itu berada di luar pantai Denmark dari 22 hingga 25 September lalu, demikian menurut data penjejakan kapal.

Menurut laman web pakar The Maritime Executive, kapal sepanjang 244 meter itu disyaki terlibat dalam penerbangan dron misteri yang mengganggu lalu lintas udara di Denmark pada September lepas.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, Perancis sedang menyiasat kapal itu atas kesalahan serius.

“Terdapat beberapa kesalahan serius  dilakukan oleh kru kapal ini,” kata Macron kepada pemberita pada sidang kemuncak pemimpin EU di Copenhagen.

Data maritim menunjukkan  sebuah lagi kapal bernama Astrol 1 belayar melalui Selat Oresund pada malam gangguan dron misteri dikesan.

Sebuah lagi kapal bernama Oslo Carrier 3 terletak hanya 7 kilometer dari Lapangan Terbang Copenhagen semasa serangan dron itu, lapor laman berita Marine Insight. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI