SEPANG- Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) telah mengeluarkan amaran merah berhubung kemungkinan berlaku pemintasan terhadap konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) daripada pihak Israel kira-kira pukul 1.34 pagi tadi.
Perkaran itu disahkan Pengarah SNCC, Datuk Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby di sini tadi.
Amaran merah itu dikeluarkan sebentar tadi sebelum salah sebuah kapal GSF iaitu Alma memasuki zon merah 2.
Difahamkan, kapal terbabit turut membawa tiga rakyat malaysia dan aktivis Greta Thunberg. – KOSMO!