fbpx
ALCARAZ menjulang gelaran Terbuka Jepun selepas menewaskan Taylor Fritz dari AS di final kelmarin. - AFP

‘Musim terbaik lapan gelaran 10 final’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Carlos Alcaraz menganggap kalendar tahun 2025 sebagai musim terbaik dalam kariernya selepas menjuarai Terbuka Tokyo sekali gus menambah koleksi lapan gelaran daripada 10 final disertainya setakat ini.

Walaupun kejohanan di Jepun itu bukan Grand Slam atau berstatus Masters 1000, prestasi Alcaraz tetap mencuri perhatian terutama aksi terbaiknya di gelanggang permukaan keras.

Lebih menarik, kemenangan itu hadir tanpa perlu menewaskan seteru utamanya, Jannik Sinner, namun tetap menonjolkan peningkatan besar dalam permainannya sepanjang tahun ini.

“Ini musim terbaik saya. Lapan gelaran, 10 final membuktikan betapa keras saya bekerja untuk capai ke tahap ini.

“Saya tidak memulakan musim dengan baik dari segi emosi, jadi bagaimana saya bangkit semula membuatkan saya sangat berbangga dengan diri sendiri,” kata juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2025 itu.

Biarpun mengalami kecederaan pada pusingan pertama ketika berdepan pemain Argentina, Sebastian Baez, namun Alcaraz tetap meneruskan saingan dengan cemerlang.

Bintang tenis No. 1 dunia itu merakamkan penghargaan khas kepada pasukan fisioterapinya yang bekerja keras sepanjang kejohanan di Tokyo.

“Saya menikmati setiap detik minggu ini kecuali lima minit ketika saya rebah kerana kecederaan. Bermula keadaan tidak baik, kemudian bangkit dan menutup minggu dengan trofi, ia sangat istimewa,” ujar Alcaraz yang akan turun ke Shanghai Masters hari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN