fbpx
Antara gambar yang dikongsi di TikTok Khairol Rizal memperlihatkan rakan baik anaknya yang menziarahi pusara anaknya setiap hari.

Sahabat Abdul Fatah ziarah pusara setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkongsian bapa murid tahun tiga yang maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng mengenai sahabatnya yang tidak pernah lupa menziarahi pusara anaknya menyentuh hati orang ramai.

Menurut bapa Allahyarham, Khairol Rizal Mustafar, 42, sahabat Abdul Fatah yang dikenali sebagai Qarnain itu merupakan sahabat baik anaknya dan duduk bersebelahan di dalam kelas.

“Pak cik tahu Qarnain rindu dengan Abdul kan? Pak cik pun sama macam Qarnain.

“Maaf kan pakcik ya sebab masukkan gambar Qarnain di sini. Bila kita rindu nanti, kita tengok kat sini ya sayang. Anak sekecil ini tahu nilai persahabatan yang sejati,” tulis Khairol dalam satu hantaran di TikTok.

Turut disertakan beberapa gambar memaparkan Qarnain melawat pusara Abdul Hatah setiap hari sejak kanak-kanak itu dikebumikan pada 28 September lalu.

Terdahulu, Abdul Fatah dilaporkan terjatuh ke dalam lubang berkenaan ketika memijak penutup lubang jenis fiber di kawasan sekolah sekitar pukul 9 pagi.

Kejadian itu berlaku ketika acara sukan sekolah yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mohd Asna Amin sedang berlangsung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI