fbpx
ELON Musk akan melancarkan Grokipedia. - Foto Anadolu/Getty Images

Elon Musk bakal lancar Grokipedia, pencabar Wikipedia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Syarikat xAI milik bilionair, Elon Musk merancang untuk melancarkan saingan kepada laman web sumber terbuka, Wikipedia, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Laman baharu itu dinamakan Grokipedia yang menurutnya, akan menjadi saingan besar kepada Wikipedia.

Ia akan dikuasakan oleh chatbot AI Grok dan membantu xAI memahami dunia dan alam semesta dengan lebih baik, lapor portal berita Mint.

Musk mengumumkan Grokipedia menerusi beberapa hantaran di platform X pada hari yang sama.

Dalam salah satu hantaran, Musk menjemput orang ramai menyertai xAI dan membantu membangunkan Grokipedia yang digambarkannya sebagai repositori ilmu sumber terbuka yang jauh lebih baik daripada Wikipedia.

Beliau berkata, Grokipedia akan boleh diakses oleh orang ramai tanpa sebarang had penggunaan.

Laman sumber terbuka berkuasa AI itu akan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk secara automatik membetulkan kesilapan dan membantu memastikan kandungan Grokipedia tepat serta berfakta. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI