fbpx
BERGSON diasak pemain pertahanan Machida Zelvia FC pada Perlawanan Liga ACLE di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

ACLE: JDT diasak mampu kongsi mata tanpa jaringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk meraih kemenangan pertama dalam Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) tak kesampaian apabila sekadar seri 0-0 ketika berdepan FC Machida Zelvia di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Ketiadaan Joao Figueiredo, Hector Hevel dan Jon Irazabal tampak dirasai setelah penguasaan permainan didominasi Zelvia pada separuh masa pertama.

Pada minit ke-17, Machida Zelvia hampir memecah kebuntuan menerusi sepakan voli Asahi Masuyama namun penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed pantas meluru membuat hadangan.

Pada minit ke-20, penonton tergamam apabila pengadil perlawanan Kim Jong Hyeok menghadiahkan sepakan penalti buat pasukan pelawat setelah Jonathan Silva melakukan kekasaran terhadap Na Sangho di dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, sepakan penalti diambil oleh Yuki Soma berjaya memperdayakan Ahmad Syihan namun bola yang disepak kencang itu sekadar menggegar tiang kanan gol JDT.

Bersambung babak kedua, skuad Harimau Selatan meningkatkan tempo permainan dan dilihat berupaya menyaingi pasukan lawan yang kerap membuat tekanan tinggi.

Pada minit ke-60, Machida Zelvia melakukan serangan menerusi larian pantas Soma yang mengumpan bola kepada Sangho untuk membuat rembatan namun Antonio Glauder bertindak pantas menghadang bola itu sebelum Ahmad Syihan keluar mengutip bola itu.

Pada minit ke-85, Teto Martin yang dibawa masuk pada pertengahan babak kedua turut mengintai peluang untuk mencetak jaringan namun rembatan lencong yang dilakukan sekadar menggegar sisi gawang Machida Zelvia.

Kedua-dua pasukan saling bertukar tangan melakukan serangan namun menemui jalan buntu dan perlawanan berakhir tanpa jaringan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI