fbpx
Gambar hiasan

Hilang 8 September, mayat wanita reput ditemukan dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LARUT – Misteri kehilangan wanita warga emas sejak awal bulan ini akhirnya terjawab apabila polis menemukan mayat reput bersama sebuah motosikal di dalam parit di Kampung Tanjung Lengkong, Rantau Panjang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Sarudin Samah berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 11.45 pagi daripada seorang operator jengkaut ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut.

“Pengadu ternampak sebuah motosikal di dalam parit. Pemeriksaan lanjut mendapati ada mayat manusia dalam keadaan mereput berhampiran kenderaan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Sarudin, semakan mendapati motosikal itu didaftarkan atas nama seorang warga emas yang dilaporkan hilang pada 8 September lalu.

Bagaimanapun, polis masih menunggu pengesahan identiti si mati daripada pihak forensik sebelum disahkan sama ada mayat berkenaan adalah individu yang sama. Bedah siasat akan dijalankan di Hospital Selama esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI